Apakah Pembestarian Sekolah ?


Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)

MATLAMAT


MATLAMAT

1.                  Semua murid mahir menggunakan semua kemahiran yang telah dipelajari mengenai pemprosesan maklumat.

2.                  Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan celik IT agar menjadi warganegara yang berdaya saing pada masa hadapan.

3.                  Melahirkan pelajar yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan Negara.

4.                  Menggalakkan penggunaan makmal komputer sebagai satu sistem yang menjana minat di kalangan pelajar mengenai teknologi maklumat.

VISI

VISI

Menjadi satu sumber
yang memberikan kecemerlangan
dan perkembangan teknologi maklumat (IT)
yang terbaik kepada murid-murid supaya menjadi
murid yang berintelek sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

MISI

MISI

Membangunkan satu sistem
Pendidikan yang berasaskan teknologi
pengkomputeran dan memberikan pendedahan
kepada semua murid tentang kemahiran asas komputer.