Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke
arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi
fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P),
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep
Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka
semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era
teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus
kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah
berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih
guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang
diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran
akses kendiri
(self-accessed), terarah kendiri
(self-directed) dan kadar kendiri
(self-paced)